Sunday, March 18, 2007

Najibah The Lagend...The True Love Story

Menurut sumber bebas, wajah Najibah seperti gambar diatas, Cantik?..tengoklah sendiri



Siapa tu Najibah?. Apa kaitannya aku dengan dia? dan apa kaitan nya Dayang Fazriana dengan dia?. Dan apa kaitan nya Kak Su dengan dia?..semuanya akan ku ungkaikan dalam tulisanku di petang yang tak seberapa cerah ini.

Najibah, satu nama yang cukup sinonim dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri, kerana dia lah, kitorang di Bintulu cukup mahir dalam bab-bab cukai-cukai ini, cakap lah pasal cukai, confirm kitorang akan jawab dengan penuh confident sekali walhal semuanya salah...ermm...cukai tahun lepas pun belum dibayar lagi.

Najibah, seorang 'wanita' yang cukup menawan yang suatu ketika dulu pernah mengeluarkan statement maut " Mak dinch kalu patah tau!." tapi statement itu aku rasa bertahan selama beberapa bulan sahaja selepas skandal nya dengan budak kuching terbongkar di malam raya yang penuh syahdu dan dipagi raya itu jugak lah aku dimaki hamun dek Dayang Fazrina disebabkan skandal ini.

Sebentar tadi, aku ada berhubung dengan seorang wanita yang SMKJ, iaitu Dayang Fazriana..Dia lah yang mengingatkan aku kembali kepada Najibah yang kini sudah sekian lama menyepikan diri selepas membawa diri jauh ke hujung dunia bersama hati yang riang-gembira. Najibah!..correct me if u rasa sengsara semasa u berada di Sandakan!.Tapi we all rasa u bahagia dekat sana.( Reverse u all!)

Najibah!, ingat tak peristiwa paling sensasi tahun 2005!..U all bersama- sama dengan Philipa, wanita iban yang cukup cantik ketika itu. Disebabkan press statement u all lah, kitorang menobatkan story u all sebagai story of the year 2005. Sensasi?..sememangnya...mana ada orang hilang handphone dekat hotel serentak?. Ada maknya nya tu?..saper nak jawab?..Dayang!..tolong jawab kan!..

Tadi, Dayang ada cakap yang si Najibah ini ada datang umah dia dekat KL, ermm..menjalankan operasi ke? Harap-harap u all semua tak lah lagi buat statement hilang handphone dekat hotel lagi ek..sebut pasal hilang handphone ni, aku rasa banyak peristiwa-peristiwa bersejarah hilang handphone ni..Ok, mari kita ungkaikan satu persatu
  1. Najibah dan Philipa hilang handphone pada tahun 2005. Kata mereka, handphone itu hilang semasa makan malam di River front In. Tapi, selepas 3 hari kemudian nya, handphone itu telaj dilaba oleh ............... (rahsia: bagi mengelakkan fitnah)


  2. Dayang Fazrina telah hilang handphone yang baru dibelinya di Kota Kinabalu pada tahun lepas. Katanya hilang dalam taxi semasa pulang dari menonton wayang. Boleh percaya ke?..yang benar, handphone itu telah dibawa pulang bersama-sama pemandu taxi itu dan keesokkan nya, handphone itu telah hilang.. ( Lanjutan: sila hubungi dayang sendiri untuk mengetahui cerita sebenar)


  3. Fadhilah, gadis sunti terengganu ni bukan hilang handphone, tapi hilang purse dia semasa mandi sauna dekat sebuah hotel di Kuala Lumpur. Apa kejadah nya mandi sauna ni?? Boleh percaya ker?..tapi, apa apa pun pun gadis ini telah menerima pampasan sebanyak RM 2000 untuk membeli handphone baru (N80) dan juga baju baru.


  4. Handphone aku?.ada lah jugak hilang itu,tapi bersih dari sebarang kontroversi dan fitnah ni

So itu lah peristiwa-peristiwa yang aku rasa geli hati tiap kali aku mengingati nya. Seperkara lagi, aku rasa aku tak cerita lagi siapakah najibah ini sebenarnya.. Oklah, Najibah ini sebenarnya asal dari Perak, gunung rapat rasanya lah..dah dia berhijrah ke Bintulu dan kemudian di campak oleh org yang tak berperi kemanuasian ke Sandakan, Sabah..Disanalah, dia mempamerkan kejelitaan nya. Najibah ini juga merupakan kakak sulung dalam persatuan PBB di Bintulu dah juga dulu dia pernah mengangotai PBSM semasa disekolah nya. Najibah merupakan sahabat paling baik kepada Dayang Fazrina dan pernah satu ketika dikaitankan sebagai pasangan Lesbian.OMG!. apa lah nak jadinya..tapi, apa apa pun, mereka tetap teman tapi mesra.


Sudah beberapa kali aku ada menyebut nama Dayang Fazriana. Siapa dia ni sebenarnya..Kalu aku nak cerita rupa paras dah physical dia, anda boleh la tengok gambar di atas tu..Dia macam itu lah..tetap seksi dan menarik. So Dayang the Diva,..kalah lah Eva. Btw, Dayang ini dulu merupakan rakan seangkatan kepada Najibah, kiranya dia ini best supporting actress lah dalam cerita Najibah The Lagend ni. Ermm...aku rasa dia ni boleh aku sama kan dengan Jennifer Hudson dalam Dreamgirls. Dalam Najibah The Lagend juga, dia ada menyumbang kan vocal yang padu nya dalam beberapa scene di rumah Kak Su, sampaikan aku sendiri pun tergugat. Oklah, berbalik kepada cerita Dayang ni, Dayang ni sebenarnya orang Kuching, Sarawak...nama pun dayang..Dayang Nurfaizah ker?...tak lah..dia ini kiranya lagi cantik lah dari dayang nurfaizah tu, cuma vocalnya tak sehusky dayang nurfaizah lah. Dayang Fazriana ni suka catwalk dan suka buat senaman aerobic..Kalu pergi ke rumah dia, macam macam pose dia boleh buat,..pose kuda, pose itik..semua dia boleh..kiranya semua boleh lah. Sekarang ini, dia sudah berhijrah ke Kuala Lumpur, katanya dia nak cuba nasib disebuah syarikat modelling. Tapi, sampai sekarang pun tak ada pun cerita pasal modelling ini..Ermm...sapa nak jawab?

Dayang ini dulu pernah bercinta dengan seseorang, tapi aku malas lah nak kupaskan disini, takut nanti aku kena saman pulak..Maklum lah sekarang ini, semua nya sensitif.

Kak Su?..no comment. Kalau nak tau detail pasal kak su, cuba hubungi Fadhilah..yang merupakan adik bongsu kepada kak Su.

Ok lah, kepada Dayang, Najibah and Fadilah dan seangkatan dengan dia yang membaca tulisan ini, sila jgn ketawa dan jangan marah ek. Apa apa pun, u all tetap cantik di mata jiran-2 , officemate u all. Kalu u all rasa tension, u all menjerit la sekuat hati di epan bos u all...sure kena tampar lepas tu. so good luck and harap-2 boleh minum dekat StartBuck KLCC one day.

Ciao!










0 Comments:

Post a Comment

<< Home

<< October 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31