CINTA .. A Story of Love ( Sebuah Cerita Cinta)
Saya menonton filem ini setelah disarankan oleh Yasnul, katanya " filem ini best..buatkan ko menanggis!". Iya, benar sekali filem ini mampu menitiskan airmata. Saya menonton filem ini dari Youtube ( Thanks to guitarman1234 for the post), dan hanya di Youtube saya dan rakan-rakan disini mampu menonton filem melayu. Mustahir untuk kami menonton filem melayu dipawagan-pawagan di Itali.

CINTA..bukan sekadar sebuah cerita melayu yang penuh dengan ciri-ciri kontempori moden tetapi juga arahan yang mantap dan selitan dialog-dialog yang cukup bermakna, sekaligus membawa filem ini ke satu aras yang cukup membanggakan bagi karyawan tanahair.
**
Selepas menonton filem ini, terfikir sejenak.. kalaulah filem melayu sebegini, tiada kemungkinan filem kita mampu bersaing dengan filem-filem luar. Kalau kita lihat filem-filem melayu sekarang, kebanyakkan nya hanya sekadar untuk memenuhi panggung wayang, dah tidak semua mampu membawa satu impak yang luarbiasa sebagaimana impak yang diberikan oleh filem CINTA.
**
Garapan yang baik, kisah cinta dalam pelbagai perspektif dan dari ukuran umur yang berbeza memberi makna CINTA itu sendiri jauh dari definisinya. Apa yang saya pelajari dari filem ini, kasih dan cinta itu ada lah lebih dari segala-galanya di dunia ini. Harta benda bukanlah untuk segala-galanya. Kalau tiada cinta, tiada apa yang tinggal..kegembiraan itu lebih bermakna dari wang ringgit, lebih bermakna dari harta berjuta.
**
Kita lupa dalam perjalanan hidup ini, kita ragus mengejar keduniaan hingga kadang kala kita lupa dengan Yang ESA. Dan, kesibukan hari juga melalaikan kita dengan apa yang dituntut. CINTA bukan sekadar untuk definisi sesama insan itu sendiri, tetapi lebih dari itu.
**
Dalam filem CINTA, saya tersentuh dengan pengorbanan yang telah diberikan oleh Dyan terhadap adiknya. Pengorbanan yang cukup besar sehingga tanpa disedari filem ini mampu menitiskan air mata. Cinta antara suami isteri, cinta antara warga tua...cukup indah. Bagi saya, hargai la cinta yang ada. Kasihinilah orang yang tersayang. Saya cukup tertarik dengan satu dialog yang berbunyi " Cukup susah untuk menyanyangi orang yang kita sayang". Kadang-kala, ia nya benar. Orang yang kita sayang, cukup sukar unruk disayangi.
**
Dan juga lagu tema filem ini, "Perpisahan" nyanyi Anuar Zain cukup syahdu, kuat dengan melodi dan lagu ini mampu meruntun jiwa dengan bait-bait lirik yang cukup indah. Bagi saya, Anuar Zain berjaya membawa lagu ini dengan cukup baik sekali dan dia mampu mencurahkan jiwanya dalam lagu ini.
Mampukah karyawan-karyawan Malaysia yang lahir melahirkan filem yang sebegini. Filem yang penuh dengan teladan, penuh dengan ikhtibar dan filem yang penuh dengan sentuhan seni.
*********
p/s: Tidak sabar menantikan album terbaru Anuar Zain







0 Comments:
Post a Comment
<< Home